Monday, October 1, 2018

Cara Buat Jamu Kunyit Asam

cara buat jamu kunyit

Sejak kebelakangan ni ramai wanita yang tercari-cari resepi untuk buat jamu kunyit asam.Ok jom kita cuba buat sendiri jamu kunyit asam

cara buat jamu kunyit asam sangat mudah dan simple.

Bahan-bahan jamu kunyit asam jawa:

1. Kunyit hidup dihiris (anggaran segenggam)
2. Asam Jawa (ikut suka)
3. Gula merah (ikut suka)
4. Halia dihiris (anggaran segenggam)
5. Air untuk merebus
6. Daun pegaga secukupnya - jika perlu
7. 1-2 biji manjakani - jika perlu

*Sukatan bahan adalah terpulang kepada citarasa masing-masing.

Cara-caranya:

1. Hiris halus kunyit hidup dan halia. Ia juga boleh dikisar jika anda mahu. Manjakani ditumbuk halus. 

2. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.

3. Tutup api dan tapis ke dalam mug, biarkan ia suam seketika sebelum anda minum. Ambil secawan sebelum makan. 

4. Simpan lebihan jamu dalam peti sejuk.

* Amalkan cuma 1-2 kali sahaja seminggu. Kerana faktor panas jika diambil kerap.

* Selain melangsingkan badan, ia juga dikatakan baik untuk kesihatan peranakan wanita dan melancarkan haid.


Semoga cara buat jamu kunyit asam ini dapat memberi manfaat buat anda.

*Jika malas nak buat dan nak terus minum yg dah ready boleh terus beli di lazada menerusi link ni LAZADA 

Boleh buat order COD - Bayar masa terima.



No comments:

Post a Comment

Khasiat kunyit yang ramai orang tak tau !!!

Kunyit ramai yang tau ia banyak di gunakan di dalam masakan seharian bagi menambah warna atau sebagai penambah aroma dalam sesuati hid...